Khamis, 5 Februari 2009

CITE LUCU

1. Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?" Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya. "Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah." Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.
2. Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya. Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...Ita: Ya, saya percaya. Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

 

Template Design By:
SkinCorner