Ahad, 19 Julai 2009

KERETA PROTON

ANDA INGIN MEMILIKI KERETA PROTON IDAMAN ANDA???? SAYA SEDIA MEMBANTU..... (SEMUA JENIS)
terdapat 4 jenis saguhati ditawarkan..
1.minyak full
2. voucher
3.lock kereta
Sebarang pertanyaan

HUBUNGI FARAH 0139871121/0149922317

LOKASI SUBANG JAYA..


KOLEKSI KERETA

NEO CPS

PERDANA

SAGA

PESONA

NEO

GEN 2

EXORA






Khamis, 5 Mac 2009

Luahan Rasa

aduhhh...minggu nie aku rasa bagai memikul beban beribu-ribu beratnya..apa x nya minggu nie 4 test, 3 tugasan dalam masa yg sama perlu disiapkan...memikilkan proposal lg...tp kira oklh tajuk dah ada cuma pergerakan x lg...skrg fokus pd tugasan dan test..malam nie ada test lg...pg sok ada test lg...nie baru je lepas test...saja je nak lepas perasaan..sekian

PERSEDIAAN KERJAYA

DEFINISI KERJAYA

Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas (Rohany & Fatimah (1987)

b) Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti (Super (1981)

PERSEDIAAN KERJAYA
Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek penting yang perlu di ambil kira adalah:


i) Akademik
ii) Kemahiran
iii) Mental
iv) Emosi
v) Sosial
vi) Dokumentasi

SUMBER MAKLUMAT KERJAYA

a) IKLAN DI MEDIA MASA
- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa
- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv

b) AGENSI PEKERJAAN
- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran
- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti (
www. JenJOBS.com )

c) TEMUDUGA TERBUKA
- 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan
- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu

d) JABATAN TENAGA KERJA
- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (
www.jtksm.mohr.gov.my)
- Cawangan di seluruh negara
- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan

e) MAKLUMAT RAKAN
- Rakan-rakan yang sedang bekerja
- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati
- Rakan menjadi orang tengah
- Permohonan terus melalui borang dalam laman web

f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
- Boleh mendaftar terus
- Maklumat yang diberi betul dan tepat
- Borang SPA8 perlu diisi
(
http://www.SPA@gov.com.my/)

g) TEMUDUGA DI KAMPUS
- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej
- Temuduga di Universiti atau Kolej
- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran
- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya

i) HARI KERJAYA
- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah
- Melibatkan banyak syarikat dan IPT
- Terus mengisi borang di tempat pameran

Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Dicabul sebab 'katak dalam rahim'
PUTRAJAYA - Seorang guru kaunseling yang didapati bersalah mencabul guru pelatih wanita yang kononnya terkena sihir ketika upacara mengeluarkan katak daripada rahim mangsa, semalam gagal melepaskan dirinya daripada hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan akibat perbuatannya itu. Guru tersebut, Mohd. Aarif Md Yusuf akan menjalani hukuman itu mulai semalam, setelah permohonannya untuk mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan di sini ditolak. Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama Hakim Datuk Hasan Lah dan Hakim Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak permohonannya setelah mendapati ia tidak mempunyai merit. Pada 4 Jun 2007, Mohd. Aarif didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang guru pelatih, 24, dengan cara meraba payu dara dan kemaluan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Kuala Muda, Butterworth pada pukul 7.45 malam 22 Mei 2005. Tertuduh, yang dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000, merayu ke Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 28 Januari 2008. Dalam prosiding semalam, tertuduh melalui peguam bela Ang Chun Pun mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret atas alasan terdapat isu undang-undang yang perlu diputuskan berhubung kegagalan majistret mengambil kira bukti sokongan ketika mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu.

Selasa, 24 Februari 2009

PEDOMAN KITA SEMUA

ISNIN 23 FEBRUARI 2009

Guru cium, peluk pelajar

KUALA LUMPUR: Perumpamaan harapkan pagar, pagar makan padi mungkin sesuai bagi menggambarkan perbuatan seorang guru kaunseling yang didakwa mencabul pelajarnya sendiri di sebuah sekolah menengah di Cheras di sini.Guru terbabit dikatakan sering mengambil kesempatan terhadap pelajarnya itu ketika di dalam pejabat guru berkenaan menyebabkan mangsa yang berusia 15 tahun yang tidak tahan dengan perangai jijik itu membuat laporan polis. Walaupun kejadian itu berlaku November tahun lalu, pelajar perempuan itu baru menyedari yang perbuatan dilakukan bekas gurunya satu kesalahan apabila dia bercerita peristiwa hitam itu kepada rakannya yang juga seorang pengawas di sekolah itu. Rakannya itu membawanya berjumpa dengan guru disiplin dan dia yakin tindakan jahat guru berkenaan dan membuat laporan polis pada Jumaat lalu.Menurut sumber, pada awal November tahun lalu pelajar itu mendakwa dipanggil oleh guru kaunseling berkenaan ke pejabatnya selepas sesi persekolahan tamat. “Mangsa yang tidak tahu tujuan dipanggil guru berkenaan itu terkejut apabila guru terbabit mula bertanya hal peribadinya sebelum mendekatinya dan memegang tangannya.“Guru berkenaan memeluk mangsa dan mencium dengan ghairah,” katanya, semalam. Sumber itu berkata, mangsa yang ketakutan menolak lelaki itu serta merayu supaya melepaskannya. Katanya, mangsa lega apabila guru itu tidak membuat perkara lebih teruk.“Namun, pelajar perempuan itu mendakwa guru berkenaan datang ke kelasnya keesokannya dan menyuruhnya pergi bilik kaunseling sekali lagi. “Mangsa yang khuatir dengan kejadian dicium dan dipeluk lelaki itu membawa rakannya bersama ke bilik berkenaan,” katanya. Menurutnya, namun guru terbabit memarahinya kerana membawa rakan sebelum menyuruhnya kembali ke kelas dan menegaskan yang mahu berjumpanya saja.

Jumaat, 6 Februari 2009

KENANGAN NGE KEKAWAN



PUTRAJAYA






RUMAH DATO' HAJI SIDEK






SUNWAY PIRAMID

Khamis, 5 Februari 2009

CITE LUCU

1. Seorang pemuda yang baru pulang dari bandar ingin membohongi orang kampungnya bahawa dia adalah seorang juruterbang.Suatu hari dia bertemu seorang tua yang ingin tahu mengenai kapal terbang.Orang tua itu berkata: "Nak, tolong ceritakan apa kapal terbang boeing tu. Atuk dengar kapal terbang tu ada macam-macam nama. Boeing 747, 737, 707....apa ke benda tu?" Pemuda itu tersentak lalu mencari akal supaya tembelangnya tidak terbongkar dan lantas berkata: "Ah, mudah tu, tok. angka di tengah tu menunjukkan enjinnya. "Maknanya, Boeing 747 ada empat enjin, Boeing 737 pula ada tiga enjin." Kata pemuda itu dengan megah kerana dapat mencari jawapan meyakinkan.Orang tua itu termenung lama lalu berkata: "Kalau gitu nak, Kapal terbang baru Boeing 777 tu ada tujuh enjinlah ye?"Pemuda itu mengelabah tetapi tetap mempertahankan jawapannya dan berkata: "Ya lah Boeing 777 tu, memang ada tujuh enjin."Tiba tiba orang tua itu berkata: "Jadi Boeing 707 tu, tak ada enjinlah." Wajah pemuda itu tiba-tiba merah padam dan terpaksa berkata: "Betullah tu Boeing 707 tak ada enjin."Orang tua itu ketawa berdekah-dekah kerana telah mengetahui temberang pemuda itu.
2. Dalam sebuah lif yang penuh sesak, Ita geram melihat suaminya Saadon yang nampak riang kerana dihimpit oleh seorang wanita cantik dan seksi. Ketika lif sampai dibawah dan pintu terbuka, wanita seksi itu tiba-tiba menampar Saadon. Sambil berjalan keluar dia berkata, "Jantan tak tahu malu, berani kau raba punggung aku. Rasakan!" Saadon tercenggang melihat keadaan itu segera berkata kepada isterinya. Saadon: Sumpah yang.... abang tak raba pun punggung perempuan tu, percayalah...Ita: Ya, saya percaya. Saadon: Terima kasih kerana percayakan abang. Tak pasal-pasal abang dapat penampar free. Tapi macamana sayang percaya abang tak lakukan?Ita: Sebab saya yang raba punggung wanita tu!...

Rabu, 4 Februari 2009

ILMU UNTUK ANDA

TEKNIK MEMBACA BERKESAN
Teknik Membaca PQRST Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.

(a) Preview (Tinjau)Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.

(b) Question (Soal)Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.

(c) Read (Baca)Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.

(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri) MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.

(e) Test (Uji)UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda.
Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Membaca Dengan Berkesan:

Panduan Umum
Fokuskan Kepada Isu Yang Anda Baca Semasa membaca, tumpukan sepenuh perhatian dan fikiran anda kepada TOPIK yang anda sedang baca.

Fahami Dahulu Baru Hafal Tumpukan perhatian kepada MEMAHAMI dan mendapat idea-idea atau fakta-fakta utama bacaan anda. Jangan hiraukan tahap kelajuan membaca anda. Yang penting ialah anda faham apa yang anda sedang baca. Anda akan lebih mudah mengingati fakta-fakta atau isi-isi utama / bahan-bahan yang anda baca jika anda memahami apa yang anda baca. Menghafal tanpa memahami apa yang anda baca boleh menyebabkan anda cepat bosan belajar. Jika anda faham apa yang anda baca, minat anda akan meningkat untuk membaca seterusnya. Di samping itu, anda pula akan lebih mudah membuat nota daripada bacaan anda.

Perkataan yang Anda Tidak Mengerti Sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang anda tidak tahu ertinya semasa anda membaca, anda tidak harus serta-merta membuka kamus jika perkataan itu tidak begitu penting. Memberhentikan bacaan untuk mendapat pengertiannya akan mengganggu proses pembacaan anda. Anda hendaklah tandakan dengan pensil perkataan yang anda tidak fahami itu. Apabila selesai bacaan, barulah anda cari pengertiannya.

Perbendaharaan Kata Setiap perkataan baru yang terdapat dalam bahan bacaan, hendaklah anda kumpulkan ke dalam sebuah buku khas. Di samping perkataan itu, catatkan pengertiannya serta ayat yang sesuai bagi perkataan tersebut. Cuba gunakan perkataan-perkataan itu dalam karangan dan percakapan anda sehari-hari. Dengan cara ini anda akan dapat memperluaskan pengetahuan anda tentang perkataan-perkataan, baik dari segi pengertian mahupun kegunaannya. Dengan adanya perbendaharaan kata yang luas, bukan saja bacaan anda menjadi lancar, bahkan anda akan lebih mudah memahami semua yang terkandung dalam buku itu.

Gambar Rajah Anda hendaklah memberi perhatian kepada gambar-gambar atau rajah-rajah di dalam buku. Biasanya, gambar atau rajah mengandungi maksud yang menerangkan sesuatu dengan lebih jelas. Ini membolehkan anda memahami huraian buku tersebut dengan lebih mudah. Ingat peribahasa Cina ini: "A picture is worth a thousand words".

Kualiti-Kualiti & Jati Diri Pelajar Cemerlang

Pengenalan
Pelajar yang cemerlang bukan sahaja handal dalam akademik tetapi juga hebat akhlak serta kelakuannya. Kedua-dua kualiti utama tersebut mesti ada pada pelajar cemerlang. Mencapai keputusan cemerlang dalam akademik tanpa jati diri atau keperibadian cemerlang, belum cukup untuk membolehkan seseorang pelajar itu dianggap sebagai cemerlang. Kualiti-kualiti pelajar cemerlang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Amanah

Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak menipu, tidak mencuri atau tidak mengambil hak orang lain. Ia sedar bahawa segala perbuatannya adalah diperhatikan oleh Tuhan.

Bijak

Pelajar yang cemerlang bijak mengurus diri, menggunakan masa, serta sumber-sumber di sekeliling. Ia menggunakan masa hidupnya dengan sebaik-baiknya; melakukan hanya yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang ditegah. Pelajar yang cemerlang juga sentiasa berusaha memperbaiki dirinya. Ia cenderung melakukan serta mempelajari perkara-perkara yang mendatangkan faedah.

Cergas

Pelajar yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan fizikal, minda dan emosi diri. Ianya juga menjaga pemakanan serta membuat latihan jasmani. Kebijaksanaannya dalam mengurus diri serta kecenderungan melakukan hanya aktiviti-aktiviti yang berfaedah membuatkan dirinya lebih berdisiplin, sihat, dan cergas. Ini juga menyebabkannya lebih tangkas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti yang diceburinya.

Dedikasi

Pelajar yang cemerlang amat rajin, bersemangat tinggi serta komited dalam melaksanakan segala tugas dan tanggungjawabnya. Apa juga tugasannya, akan dilakukan dengan sepenuh hati. Pelajar yang cemerlang akan melakukan dengan penuh tanggungjawab dan iltizam untuk mencapai hasil yang terbaik.

Elok

Pelajar yang cemerlang baik dari segi penampilan diri, tuturkata dan perbuatan. Ia mempunyai perwatakan yang ceria, yakin dan senang didampingi. Ianya juga menjauhi diri daripada perbuatan maksiat. Ianya sedar bahawa mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Tuhan. Pelajar yang cemerlang menjadi contoh kepada pelajar yang lain, baik dari segi gerak-gerinya, fikiran dan percakapannya serta tindakan-tindakannya. Keelokan peribadinya disanjung baik oleh orang lain termasuk guru-guru, ibu-bapa serta keluarganya.

Faham

Pelajar yang cemerlang lebih banyak mendengar daripada bercakap. Sikapnya yang demikian, menyebabkan ia lebih banyak berfikir, menganalisa dan mengetahui sesuatu isu sebelum ianya memberi maklumbalas. Ingatannya juga kuat kerana ia mempunyai kualiti yang ingin benar-benar memahami apa yang didengar, dibaca, dilihat atau yang dipelajarinya.

Gigih

Pelajar yang cemerlang sentiasa melakukan kerjanya dengan penuh minat sehingga kadang-kadang tidak menyedari yang masa sudah berlalu begitu lama. Ia seronok belajar setiap mata pelajaran. Ia bijak dan mudah menyesuaikan diri dengan semua guru yang mengajarnya.

Hasrat

Pelajar yang cemerlang sentiasa menyimpan pada hati kecilnya suatu hasrat untuk menjadi manusia yang sangat berguna dan berjaya. Hasratnya untuk mencapai cita-cita atau impiannya memberikan suntikan motivasi kepadanya untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan dalam kehidupannya.

Iman

Pelajar yang cemerlang taat kepada perintah Tuhan dan berusaha mencapai kejayaan selaras dengan norma-norma hidup iaitu mengamalkan apa yang disuruh dan menjauhkan apa sahaja yang dilarang. Ianya juga mentaati ibubapa, pemimpin-pemimpin, guru-guru, undang-undang negara serta segala peraturan dan amalan yang harus diikuti.

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya. - Aristotle


MUTIARA KATA

Hitunglah Nikmat Allah yang Dianugerahkan Kepadamu Sebagai Ganti Dari Menghitung Penderita.

Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Masyitah (isteri Firaun), setia dari Khadijah (isteri Nabi Muhammad SAW yang pertama), jujur dari Aisyah (Isteri Nabi Muhammad SAW yang paling muda umurnya) dan teguh hati dari Fatimah (Puteri Nabi Muhammad SAW).

Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya. --- Ilham Pujangga

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup . Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian. --- Hukama'

Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal. -- Kata Bijaksana

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya. -- Hukama'

Selasa, 3 Februari 2009

KELUARGA BAHAGIA



KELUARGA KAK NA





KELUARGA KAK ANI





KELUARGA KAK DAH





KELUARGA KAK NAH

FUNNY

Isnin, 2 Februari 2009

INSAN TERSAYANG

INI PULAK AYAHDA DAN IBUNDAKU YANG AYAHNYA BERNAMA TUN SURI BIN OTHMAN DAN YANG IBUNYA EMBAT BT TAIB. INILAH SUMBER INSPIRASI HIDUPKU DAN KEJAYAANKU..HENSEM DAN COMELKAN? semoga mak dan ayah sentiasa sihat dan selamat..maklumlah rumah baru sahaja dimasuki pencuri dan barang peninggalan nenek telah dibawak lari oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Semoga allah membuka pintu hati mereka yang berkenaan agar berubah menjadi seorang manusia.

CINTAKU



INILAH TEMAN HIDUPKU SEKARANG..CANTIK X? NAMANYA IALAH FARAH RIFHAN BT RADZILAH. SEKARANG SEDANG MENUNTUT DI UNIMAS DAN MERUPAKAN TAHUN TERAKHIR..INSYAALLAH KALU ADA JODOH KAMI AKAN MENDIRIKAN MASJID KRISTAL..hehehehe DOAKANLAH YE...
 

Template Design By:
SkinCorner