Khamis, 5 Mac 2009

Luahan Rasa

aduhhh...minggu nie aku rasa bagai memikul beban beribu-ribu beratnya..apa x nya minggu nie 4 test, 3 tugasan dalam masa yg sama perlu disiapkan...memikilkan proposal lg...tp kira oklh tajuk dah ada cuma pergerakan x lg...skrg fokus pd tugasan dan test..malam nie ada test lg...pg sok ada test lg...nie baru je lepas test...saja je nak lepas perasaan..sekian

PERSEDIAAN KERJAYA

DEFINISI KERJAYA

Kerjaya adalah satu rangkaian pekerjaan dan pengalaman yang dilakukan oleh seseorang itu dalam jangka masa tertentu bagi menjalankan tugas (Rohany & Fatimah (1987)

b) Satu proses menolong seorang memperkembangkan dan menerima satu gambaran lengkap tentang dirinya dan peranannya dalam dunia pekerjaan, dan seterusnya cuba berusaha menukarkan gambaran ini menjadi satu realiti (Super (1981)

PERSEDIAAN KERJAYA
Persediaan kerjaya perlu dimulakan dari awal persekolahan lagi kerana kerjaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang. Antara aspek penting yang perlu di ambil kira adalah:


i) Akademik
ii) Kemahiran
iii) Mental
iv) Emosi
v) Sosial
vi) Dokumentasi

SUMBER MAKLUMAT KERJAYA

a) IKLAN DI MEDIA MASA
- Pencari kerja perlu peka dan mengikuti maklumat semasa di media masa
- Media popular: akhbar dan buletin serta majalah, radio dan tv

b) AGENSI PEKERJAAN
- Membantu majikan mendapatkan pekerja dari IPT dan pusat latihan kemahiran
- Ada yang menggunakan internet untuk dihubungi seperti (
www. JenJOBS.com )

c) TEMUDUGA TERBUKA
- 'Walk-In Interview’ ini mudah dan cepat bagi majikan
- Pencari kerja berbaris untuk temmuduga dengan membawa segala dokumen perlu

d) JABATAN TENAGA KERJA
- Ibu Pejabat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya (
www.jtksm.mohr.gov.my)
- Cawangan di seluruh negara
- Boleh terus daftar dengan mana-mana JTK dan menunggu jawapan

e) MAKLUMAT RAKAN
- Rakan-rakan yang sedang bekerja
- Maklumat lebih jelas tentang pekerjaan yang diminati
- Rakan menjadi orang tengah
- Permohonan terus melalui borang dalam laman web

f) SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA)
- Boleh mendaftar terus
- Maklumat yang diberi betul dan tepat
- Borang SPA8 perlu diisi
(
http://www.SPA@gov.com.my/)

g) TEMUDUGA DI KAMPUS
- Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej
- Temuduga di Universiti atau Kolej
- Biasanya di akhir pengajian Majikan buat temuduga di Universiti atau Kolej

h) PROGRAM LATIHAN INDUSTRI
- Disediakan oleh IPT atau Pusat kemahiran
- Syarikat atau badan tempat LI akan menerima bekerja dengannya

i) HARI KERJAYA
- Hari Kerjaya anjuran IPT dan sekolah
- Melibatkan banyak syarikat dan IPT
- Terus mengisi borang di tempat pameran

Kerana Nila Setitik Rosak Susu Sebelanga

Dicabul sebab 'katak dalam rahim'
PUTRAJAYA - Seorang guru kaunseling yang didapati bersalah mencabul guru pelatih wanita yang kononnya terkena sihir ketika upacara mengeluarkan katak daripada rahim mangsa, semalam gagal melepaskan dirinya daripada hukuman penjara dua tahun dan satu sebatan akibat perbuatannya itu. Guru tersebut, Mohd. Aarif Md Yusuf akan menjalani hukuman itu mulai semalam, setelah permohonannya untuk mendapatkan kebenaran merayu daripada Mahkamah Rayuan di sini ditolak. Hakim Datuk Low Hop Bing bersama-sama Hakim Datuk Hasan Lah dan Hakim Datuk Abdul Malik Ishak sebulat suara menolak permohonannya setelah mendapati ia tidak mempunyai merit. Pada 4 Jun 2007, Mohd. Aarif didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Butterworth, Pulau Pinang terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang guru pelatih, 24, dengan cara meraba payu dara dan kemaluan mangsa di bilik tidur sebuah rumah di Kuala Muda, Butterworth pada pukul 7.45 malam 22 Mei 2005. Tertuduh, yang dibenarkan bebas dengan ikat jamin RM5,000, merayu ke Mahkamah Tinggi tetapi ditolak pada 28 Januari 2008. Dalam prosiding semalam, tertuduh melalui peguam bela Ang Chun Pun mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Majistret atas alasan terdapat isu undang-undang yang perlu diputuskan berhubung kegagalan majistret mengambil kira bukti sokongan ketika mensabitkan tertuduh dengan kesalahan itu.
 

Template Design By:
SkinCorner